Biologi T4-T5: Nota Tambahan
Bahan yang boleh merentasi membran
-
Larut lipid : asid lemak dan gliserol
-
Molekul bukan polar (tiada cas) : oksigen, karbon
dioksida
Tidak boleh merentasi membran
-
Tidak larut lipid (berkutub) : glukosa, asid amino dan
ion bercas
Protein liang - molekul kecil yang larut air dan ion
Protein pembawa - molekul besar
Pengangkutan aktif
1)
Tapak aktif protein pembawa bergabung dengan molekul
atau ion tertentu (ion Na+ dan ion K+)
2)
Tapak aktif di sebelah bergabung dengan molekul ATP
3)
ATP terurai kepada ADP dan P(fosfat)
4)
Penguraian ini membekalkan tenaga kepada protein
pembawa
5)
Protein pembawa berubah bentuk dan menggerakkan ion
merentasi membran
Pengangkutan aktif terpengaruh oleh perencat
Pengangkutan pasif tidak terpengaruh oleh perencat
Cth perencat: sianida/ racun respirasi
Sel haiwan dalam larutan hipotonik (air suling) kembang dan
pecah = proses hemolisis
Sel haiwan dalam larutan hipertonik (sukrosa 30%) hilang air
dan kecut = proses krenasi
Sel tumbuhan dalam larutan hipertonik (sukrosa 30%) kecut
dan flasid = proses plasmolisis
Tumbuhan layu akibat baja berlebihan
1)
Baja larut dalam air di dalam tanah.
2)
Air tanah menjadi hipertonik terhadap sap sel tumbuhan
3)
Air meresap dari sap sel tumbuhan ke tanah secara
osmosis
4)
Sel tumbuhan kehilangan air, menjadi flasid dan
mengalami plasmolisis
5)
Tumbuhan layu kerana kehilangan sokongan
Pengawetan makanan (cuka, garam, gula)
1)
Penambahan pengawet menjadikan larutan adalah
hipertonik terhadap sel makanan
2)
Air meresap ke luar sel makanan secara osmosis
3)
Sel makanan kehilangan air, mikroorganisma (kulat,
bakteria) kehilangan air dan mati
4)
Makanan tanah lebih lama.
Gula penurun (ujian Benedict - mendakan merah bata terhasil)
-
Maltosa
-
Laktosa
Gula bukan penurun - sukrosa
Monosakarida - glukosa, fruktosa, galaktosa
Disakarida - maltosa, laktosa, sukrosa
Polisakarida - kanji, glikogen, selulosa
Protein
Heliks ⲁ : keratin (protein rambut)
Kepingan berlisu 𝜷 : sutera
Struktur tertier : enzim, hormon, protein plasma, antibodi
Kuartener : hemoglobin
Lipid
Lemak tepu : lemak haiwan, daging merah, susu penuh krim dan
mentega (lemak susu haiwan)
Lemak tepu meningkatkan LDL dalam darah
Lemak tak tepu : minyak sayuran (zaitun,jagung,kacang soya)
Lemak tak tepu mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL dalam
darah
Lilin
-
Terdapat di kutikel yang menutupi epidermis tisu
tumbuhan, buah dan biji benih untuk menghalang kemasukan dan penyejatan air
Sebum dirembes oleh kelenjar minyak manusia untuk menjadikan
kulit manusia lembut
Fosfolipid untuk mengawal ketelapan membran
Steroid ialah sebatian organik kompleks - cth: kolesterol,
hormon seks
pH optimum kebanyakan enzim ialah 7.5
Tripsin untuk penguraian polipeptida di duodenum (alkali) pH
optimum pH8.5
Renin untuk penguraian protein susu
Pepsin untuk penguraian protein di perut (asid) pH optimum
pH2
Sintesis enzim
1)
DNA mengandungi maklumat untuk sintesis enzim
2)
Urutan bes bernitrogen pada DNA yang berlainan
mengekodkan protein
3)
Bebenang tunggal molekul RNA terbentuk
4)
RNA menterjemahkan kod-kod menjadi satu urutan asid
amino
5)
Asid amino dirangkai bersama untuk membentuk enzim
Enzim intrasel (dihasilkan untuk kegunaan sel sendiri)
Cth dalam sitoplasma, nukleus, kloroplas, mitokondrion,
membran plasma
Enzim luar sel (sintesis oleh sel dan diangkut keluar sel)
Cth: enzim pencernaan sintesis oleh pankreas dan diangkut ke
duodenum
Jenis kotoran
-
Buah = glukosa isomerase
-
Sayuran = selulosa
-
Telur = protein
-
Minyak = lipid
Lebihan sel : sel membahagi dengan pantas, mitosis tidak
terkawal. Banyak sel lebihan terkumpul membentuk ketulan/ tumor.
2jenis tumor : tumor benign dan tumor malignan(kanser)
Sel darah merah - tiada nukleus = tiada kromosom
Haploid = n = 23 kromosom
Diploid = 2n = 46 kromosom
Diploid : sel soma(sel sumsum tulang, sel hati) , sel dlm
usus, sel kulit
Sitokinesis dalam sel tumbuhan
1)
Kromosom membahagi dan tertarik ke kutub sel
bertentangan membentuk nukleus sel anak
2)
Vesikel membentuk plat sel
3)
Plat sel bercantum untuk membentuk dinding sel dan
membran plasma
Kanji - ujian iodin (biru kehitaman)
Gula penurun - ujian Benedict (mendakan merah bata)
Gula bukan penurun - ujian Benedict (tambah asid hidrokorik
cair untuk mendapat mendakan merah bata)
Protein - ujian Biuret (warna ungu)
Lipid - ujian kesan gris(kesan minyak pada kertas turas),
ujian Sudan III (lapisan minyak merah terapung atas air)
Penyakit tumbuhan
Klorosis - daun menjadi kekuning- kuningan (kekurangan
Nitrogen)
Persaingan
Intraspesies (antara organisma sama)
Interspesies (antara organisma berbeza)
Jenis mikroorganisma - bakteria, alga, kulat, protozoa,
virus
Indeks pencemaran udar (API) - semakin tinggi semakin bahaya
Air tercemar, mikroorganisma bertambah, keperluan oksigen
biokimia (BOD) meningkat, oksigen berkurang, masa pelunturan larutan metilena
biru kurang
Organisma multisel kompleks memerlukan sistem pengangkutan
yang khusus dan cekap untuk menjalankan proses pertukaran bahan.
Organisma unisel kecil, jumlah luas permukaan per isipadu
(JLP/I) besar, proses pertukaran bahan lebih cepat
Jika nodus sinoatrium (SAN) dan atriventrikel (AVN) tidak
berfungsi betul,
Denyutan jantung menjadi perlahan atau terlalu cepat.
Perentak jantung digunakan untuk membetulkan masalah ini.
Elektrokardiograf - alat untuk mengesan aktiviti elektrik
dalam jantung
Kenaikan kadar denyutan jantung disebabkan rangsangan saraf
simpatetik (dari otak) kepada perentak sinoatrium dapat dipulih oleh saraf
parasimpatetik
Gentian kolagen pada dinding salur darah terdedah
menyebabkan platlet berkumpul membentuk plak. Plak ialah lapisan yang terbentuk
untuk menutup luka secara sementara
Tekanan hidrostatik dalam darah memaksa air dan bahan-bahan
bersaiz kecil terturas keluar merentasi dinding kapilari ke ruang antara sel
menghasilkan bendalir tisu.
Keimunan aktif buatan
- Suntikan
vaksin BCG untuk cegah penyakit tibi dan batuk kering
- Suntikan
vaksin salk untuk penyakit poliomielitis
Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS)
- Disebabkan
virus imunodefisiensi manusia (HIV)
- Dijangkiti
melalui bendalir badan, hubungan seks, perkongsian jarum
1) HIV
menyerang dan memusnahkan sistem keimunan
2) HIV
menyerang, membiak di dalam Limfosit T dan memusnahkannya
3) Badan
tidak berupaya menghasilkan antibodi terhadap HIV
4) HIV
juga menyerang nodus limfa, limpa, sumsum tulang dan sel saraf
Tiub tapis dalam floem tidak dapat berfungsi tanpa sel rakan
Tiub tapis dan sel rakan membentuk unit befungsi bagi
menjalankan translokasi
Gutasi : air terbentuk pada hujung daun pada waktu malam
yang panas dan lembap. Tekanan akar memaksa air berlebihan keluar melalui liang
seni (hidatod) membentuk gutasi.
2 jenis sendi
- Sendi
engsel (siku)
- Sendi
lesung (pelvis, bahu, lutut)
Hormon steroid - terdiri daripada lipid seperti kolesterol
Hormon bukan steroid terdiri daripada protein, peptida dan
asid amino yang telah diubahsuai
Pada satu nefron
Kapsul Bowman →
tubul berlingkar proksimal→ Liku Henle → tubul berlingkar distal → tubul
pengumpul → pelvis
Tubul ginjal = tubul berlingkar proksimal + Liku Henle +
tubul berlingkar distal
Garam banyak, air kurang, air kencing kurang
Tekanan osmotik darah meningkat, rembesan ADH meningkat,
tubul ginjal lebih telap air, lebih air diserap semula. Pada masa yang sama,
rembesan aldosteron menurun, tubul pengumpul kurang telap garam, kurang garam
diserap semula.
Pemvasodilatan = kapilari darah mengembang
Pemvasocerutan = kapilari darah mengecut
Plumul = pucuk
Radikel = akar
Bahagian koleoptil terlindung = kepekatan auksin meningkat,
kadar pemanjangan meningkat
Bahagian koleoptil menerima cahaya = kepekatan auksin
menurun, kadar pemanjangan menurun
Partenokarpi
- Penyemburan
auksin pada stigma dan ovari untuk merangsang ovari berkembang menjadi buah
tanpa persenyawaan. Buah yang dihasilkan tidak berbiji
Auksin bekepekatan tinggi boleh dijadikan racun rumpai atau
herbisid.
Ovari bunga berkembang menjadi buah
Bahagian bunga lain berkembang menjadi parut pada dinding
ovari
Bilangan biji benih = bilangan ovul dalam ovari asal
Rh+ adalah dominan kepada Rh-
Ibu Rh- dan anak Rh+ (Rh+ diwarisi bapa)
1) Waktu
akhir kehamilan/ semasa melahirkan bayi, darah bayi akan bercampur dengan darah
ibu melalui plasenta yang mula tertanggal.
2) Darah
bayi mempunyai antigen Rh+ akan merangsang darah ibu untuk menghasilkan
antibodi bagi melawan antigen
3) Bayi
pertama dapat dilahirkan dengan selamat kerana antibodi baru dihasilkan
4) Tetapi
bayi Rh+ seterusnya akan diserang oleh antibodi dalam plasma darah ibu sebelum
bayi sempat dilahirkan.
5) Serangan
antibodi ibu terhadap Rh+ bayi menyebabkan sel darah merah bayi meletus dan
membawa kepada kerosakan otak bayi serta keguguran.
Mutasi yang berlaku dalam sel soma contohnya sel sumsum
tulang atau sel hati,
Boleh merosakkan sel itu dan menjadikannya sel kanser atau
memusnahkan sel itu.
Comments
Post a Comment