Kindly look for ☰ on the top left of the page to view all my post in archive ♡

欢迎在页面左上角的 ☰ 里翻阅我的发文♡


: I don't own any of these study materials, I'm just sharing the notes I used for my exam :D

Pengekalan Warisan Budaya Malaysia

AGENSI KERAJAAN
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
-         Membentuk masyarakat Malaysia yang cinta akan seni dan budaya dengan mempelbagaikan aktiviti pada semua peringkat penyertaan pelbagai kaum.
-          Contoh aktiviti, Program Bimbingan Seni Budaya, Program Merakyatkan Seni Budaya, Proram Berkala Unit Muzik Jabatan

Perbadanan Kemajuan Krafttangan Malaysia
-          Membangunkan dan mempromosikan industri kraf negara
-          Contoh aktiviti, Promosi Batik Malaysia, Temasya Batik Dan Tenun Malaysia 2008

Jabatan Muzium Negara
-          Bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja pemeliharaan, pengekalan dan penyebaran pengetahuan warisan sejarah, kebudayaan, dan alam semula jadi.
-          Memupuk kesedaran masyarakat terhadap kekayaan warisan sejarah, budaya pelbagai kaum, dan alam semula jadi negara dalam usaha mewujudkan masyarakat yang harmoni, mempunyai keperibadian tinggi, serta membantu usaha kerajaan dalam menggalakkan dan memajukan industri pelancongan.
-          Contoh aktiviti, Pameran Senjata Tradisional, Pameran Tahun Baru Cina Sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Jabatan Arkib Negara Malaysia
-          Mengumpul,memperoleh dan menyimpan rekod negara.
-          Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tun Abdul Razak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)
-          Pusat pengajian kesenian,kebudayaan dan warisan.
-          Melahirkan Karyawan,seniman dan penggiat seni.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
-          Sebagai pusat sumber warisan negara.
-          Menyelidik,mengumpul,mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan melalui pameran.

Jabatan Warisan Budaya
-          Menggubal akta
-          Mengumpul dokumentasi
-          Menyelidik,memelihara dan membangunkan warisan.

Istana Budaya
-          Mementaskan seni persembahan(teater,tarian,muzik)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS)
-          Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf.

Perpustakaan Negara Malaysia
-          Pusat pengumpulan,pendokumentasian dan pemulihan sumber-sumber ilmu negara.

Balai Seni Lukis Negara
-          Mengumpul,memelihara,memulihara,mempamer,mempromosi,memupuk kesedaran dan penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.


AGENSI BUKAN KERAJAAN
Persatuan Pencinta Alam Malaysia
-          Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan penghayatan pengekalan alam semula jadi.

Yayasan Budi Penyayang Malaysia
-          Menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk mempromosikan budaya,seni dan warisan.
-          Memberi tumpuan kepada : mengembalikan kegemilangan pakaian kebaya nyonya, mempromosikan industri batik.

Kuala Lumpur Perfoming Arts Centre(KLPac)
-          Menganjurkan Festival Kesenian melalui aktiviti-aktiviti seperti dramatari dan pameran.

Persatuan Silambam Malaysia
-          Memperkembangkan dan memajukan seni silat silambam(seni mempertahankan diri)untuk diwarisi generasi akan datang.

Kadazandusun Cultural Association Sabah(KDCA)
-          Membangunkan dan mengekalkan warisan budaya kadazandusun untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia
-          Menghidupkan dan membangunkan seni silat sebagai warisan bangsa.

Taman Mini Malaysia, Melaka
-          Mempunyai reka bentuk rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia.
-          Pendidikan dalam alat-alat muzik
-          Pelbagai persembahan kebudayaan

Nanyang Wushu Federation of Sarawak
-          Pendidikan tradisi Shaolin, tarian naga dan tarian singa

Temple of Fine Art
-          Menawarkan latihan dan kemahiran dalam bidang kebudayaan, muzik dan tarian klasik India.

Persatuan Seni Lukis Dakwat Cina Malaysia
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)
Yin Yang Arts Centre
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Comments

Popular posts from this blog

公函

Kimia T4-T5: Nota Tambahan

古韵文常用的意象含义

Pendidikan Moral - Senarai Fakta, Akta, Agensi

Biologi T4-T5: Penyakit Manusia