Kindly look for ☰ on the top left of the page to view all my post in archive ♡

欢迎在页面左上角的 ☰ 里翻阅我的发文♡


: I don't own any of these study materials, I'm just sharing the notes I used for my exam :D

Biologi T4-T5: Tumbuhan (nota tambahan)


Topik-topik tumbuhan (checklist)
-          Tisu-tisu dalam tumbuhan (meristem, epidermis, parenkima, kolenkima, sklerenkima, etc)
-          Sel-sel dalam tumbuhan
-          Struktur tumbuhan, struktur daun
-          Xilem dan floem, penebalan lignin
-          Fotosintesis, tindak balas cahaya, tindak balas gelap
-          Transpirasi dan translokasi, faktor yang mempengaruhi transpirasi
-          Penyesuaian tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis
-          Faktor yang mempengaruhi fotosintesis
-          Makronutrien dan mikronutrien
-          Hidroponik, aeroponik, pembiakbakaan, etc 
-          Respirasi aerob dan anaerob
-          Pengkolonian dan sesaran di kolam dan di tanah
-          Paya bakau
-          Sokongan dalam tumbuhan
-          Hormon tumbuhan
-          Pembiakan tumbuhan
-          Pertumbuhan primer dan sekunder
-          Pewarisan (kacang pea)
-          Variasi


Respirasi anaerob
-          Tumbuhan yang tenggelam sepenuhnya dalam air sewaktu banjir dapat hidup beberapa hari dengan respirasi anaerob
-          Tumbuhan padi yang hidup dalam keadaan air bertakung menggunakan respirasi anaerob terutamanya pada peringkat awal pertumbuhan
-          Embrio tumbuhan berespirasi secara anaerob sebelum bercambah kerana testa biji benih yang menyelaputi embrio adalah kedap udara



Waktu siang – respirasi √ , fotosintesis √
Waktu malam – respirasi √ , fotosintesis X



JENIS TUMBUHAN
Tumbuhan Daratan
-          Stoma banyak di epidermis bawah untuk menyerap karbon dioksida maksimum semasa fotosintesis
-          Mempunyai kloroplas yang lebih banyak di sel mesofil palisad untuk menjalankan fotosintesis

*Tidak berkayu, herba dan tumbuhan muda
-          Sokongan tumbuhan bergantung pada kesegahan sel dan tisu yang diperkuat
-          Tisu kolenkima di bawah epidermis mempunyai sedikit penebalan oleh selulosa dan pektin
-          Sel parenkima pada batang tumbuhan mengandungi kanji, gula dan air
-          Sap sel parenkima lebih hipertonik terhadap cecair di sekelilingnya
-          Air diserap memasuki vakuol tisu secara osmosis menyebabkan sel segah

*Tumbuhan berkayu
-          Tisu sklerenkima mempunyai dinding selulosa yang ditebalkan oleh lignin
Dinding ini tidak telap kepada air, tebal dan sangat keras, tiada ruang di dalam sel
-          Terdapat 2 jenis sel sklerenkima
o   Sel gentian – panjang dan lurus untuk memberi sokongan dan perlindungan
o   Sel sklereid – lebih pendek, bulat dan bentuk tidak sekata, mempunyai dinding sel berlignin yang tebal. Sel sklereid menyebabkan kulit biji menjadi keras
-          Dinding salur xilem dan trakeid ditebalkan oleh lignin
-          Salur xilem sekunder (kayu) memberi penebalan dan sokongan yang lebih kuat.

*Tumbuhan di kawasan gurun, panas dan kering
-          Bilangan stoma sedikit untuk mengurangkan kehilangan air
-          Stoma terbenam dalam epidermis untuk mengurangkan penyejatan air
-          Daun diubah suai menjadi duri
-          Cth: kaktus, Hakea sp

*Tumbuhan yang memerlukan penyokong
-          Salur paut, cth: pokok timun
-          Akar diubahsuai untuk berpaut pada batang pokok lain, cth: pokok orkid
-          Batang berduri untuk melekat pada penyokong, cth: pokok rotan, pokok bunga ros
-          Pucuk melilit pada penyokong, cth: pokok kekacang


Tumbuhan Akuatik
*Tumbuhan terapung
-          Stoma di epidermis atas daun
-          Epidermis atas diliputi kutikel berlilin yang kalis air untuk memastikan stoma sentiasa terbuka
-          Kloroplas banyak di epidermis atas untuk menyerap cahaya maksimum
-          Batang dan daun mengandungi tisu aerenkima (tisu berspan dengan pundi udara yang besar di antara sel) untuk membenarkan tumbuhan terapung.
-          Daya apungan dihasilkan oleh air memberi sokongan kepada tumbuhan
-          Akar mempunyai banyak akar rambut halus untuk memerangkap gelembung gas dan mengurangkan ketumpatan tumbuhan
-          Cth: teratai, keladi bunting, telipok

*Tumbuhan tenggelam
-          Epidermis atas tidak berkutikel
-          Daun dan batang nipis membolehkan resapan gas dan nutrien ke dalam tumbuhan melalui epidermis tanpa kehadiran stoma
-          Ruang udara membenarkan pertukaran gas
-          Daun nipis dan banyak bagi menambah luas permukaan untuk penyerapan gas dan cahaya matahari
-          Daun nipis dan fleksibel untuk mengurangkan rintangan terhadap pengaliran air
-          Sokongan dibantu pundi udara di batang dan daun untuk berdiri menegak di bawah air
-          Tidak mengandungi tisu berkayu datau tisu yang ditebalkan oleh lignin kerana air di sekeliling menghasilkan daya apungan yang memberikannya sokongan.
-          Cth: Hydrilla sp., Elodea sp.


Comments

Popular posts from this blog

公函

Kimia T4-T5: Nota Tambahan

古韵文常用的意象含义

Pendidikan Moral - Senarai Fakta, Akta, Agensi

Biologi T4-T5: Penyakit Manusia