Kindly look for ☰ on the top left of the page to view all my post in archive ♡

欢迎在页面左上角的 ☰ 里翻阅我的发文♡


: I don't own any of these study materials, I'm just sharing the notes I used for my exam :D

Kimia T4-T5: Nota Tambahan


MENGAPA PERLU BAHAN YANG BASAH UNTUK MELAKUKAN UJIAN KERTAS LITMUS?
-          Cecair berasid boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah kerana asid mengion dalam air menghasilkan ion H+, ion H+ yang menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah.
-          Cecair beralkali pula menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru kerana alkali mengion dalam air menghasilkan ion OH-, ion OH- yang menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.

Bahan yang larut air akan menghasilkan ion
Bahan yang larut pelarut organik tidak menghasilkan ion

Soalan 11 (P1 percubaan SBP)
Gas hidrogen klorida larut dalam tetraklorometana, tidak mengkonduksikan elektrik.
Tetraklorometana ialah pelarut organik, jika HCl boleh larut dlm pelarut organik
Maka gas HCl = sebatian kovalen
Sebatian kovalen tidak mengkonduksikan elektrik. 
HCl dalam pelarut organik tidak menghasilkan ion H+ (penghasilan ion H+ hanya dalam air),  maka ia tidak mengalami penceraian dan kekal sebagai molekul.

Bes dan alkali 100% ialah ikatan ion, walaupun ada bes yang tidak larut air tetapi juga boleh menunjukkan sifat bes.




CHECKLIST:
Jenis zarah: atom, molekul, ion

Atom ialah zarah yang paling kecil.
Molekul ialah zarah yang terdiri dua atau lebih atom berpadu secara kimia.
Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

Bukan logam+ bukan logam = molekul
Logam+ bukan logam = ion

Pergerakan zarah = resapan, dari kawasan kepekatan tinggi ke rendah
*naftalena C10H8

Keadaan jirim : Pepejal, Cecair, Gas

Membebaskan haba:
Pembekuan (ce→p)
Kondensasi (g→ce)
Pengendapan (g→p)

Menyerap haba:
Peleburan (p→ce)
Penyejatan/ pendidihan (ce→g)
Pemejalwapan (p→g)

Nukleon = proton + neutron
JAR = nukleon
Proton = elektron

A= nukleon , Z= proton



Isotop ialah atom-atom unsur yang sama yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.
(sifat kimia yang sama, sifat fizikal yang berbeza)

Kegunaan isotop
a) karbon-14 : untuk menganggar usia bahan-bahan dan fosil purba.
b) Kobalt-60 : untuk merawat penyakit kanser.
c) Iodin-131 : untuk merawat penyakit tiroid.

Elektron valens ialah nombor petala terluar sesuatu atom.

Karbon-12 sebagai bandingan kerana karbon-12 ialah pepejal yang mudah dikendali, senang dijumpai dan unsur yang stabil.


















Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bilangan atom setiap jenis
unsur dalam sesuatu sebatian.

Jadual formula empirik
Unsur


Jisim unsur


Bilangan mol


Nisbah


Nisbah teringkas



Formula empirik: MgO, CuO, PbO

Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur di dalam satu molekul sesuatu sebatian.
Formula molekul = (formula empirik)n = JMR

Jadual berkala unsur
Kumpulan 1,  K17, K18
Kala 3
Unsur peralihan




Ikatan ion = logam + bukan logam
Pemindahan elektron dari logam ke bukan logam
Takat lebur dan didih yang tinggi
Wujud sebagai pepejal
Tidak meruap
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan cecair/ leburan sahaja
Larut air, tidak larut pelarut organik

Ikatan kovalen = bukan logam+ bukan logam
Ikatan tunggal, ganda dua, ganda tiga
Perkongsian elektron antara atom-atom
Takat lebur dan didih rendah
Wujud sebagai cecair atau gas
Mudah meruap
Tidak mengkonduksikan elektrik
Tidak larut air, larut pelarut organik

Cth pelarut organik: kloroflorokarbon, alkohol, benzena, tetraklorometana, turpentin, petrol, kerosin

Pepejal tidak mengkonduksikan elektrik kerana tiada cas-cas yang bergerak bebas.

Elektrolit ialah bahan yang mengalirkan arus elektrik. (leburan/larutan)
Cth elektrolit: PbBr2, NaOH, CuSO4

Bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik
Cth bukan elektrolit: asetamida, naftalena, larutan gula

Larutan akueus = dicampur air (ada H20)
Leburan = tiada air

Comments

Popular posts from this blog

公函

古韵文常用的意象含义

Pendidikan Moral - Senarai Fakta, Akta, Agensi

Biologi T4-T5: Penyakit Manusia