Kindly look for ☰ on the top left of the page to view all my post in archive ♡

欢迎在页面左上角的 ☰ 里翻阅我的发文♡


: I don't own any of these study materials, I'm just sharing the notes I used for my exam :D

Biologi T4-T5: Penyakit Manusia


Riket
-       Tulang lembut dan cacat dalam kanak-kanak/ kaki melengkung
-       Kekurangan kalsium, vitamin D, fosforus
Osteoporosis
-       Kekurangan jisim tulang dalam orang tua, tulang menjadi ringan/rapuh/poros dan mudah patah
-       Kekurangan kalsium
Anemia
-       Kekurangan sel darah merah/ kurang ketahanan terhadap penyakit
-       Kekurangan besi, asid folik, vitamin C, vitamin K
Leukemia
-       Kurang sel darah putih
Beguk
-       Pembesaran kelenjar tiroid/  leher bengkak
-       Kekurangan iodin
Goiter
-       Pembengkakan pada kelenjar tiroid (leher)
-       Disebabkan ketidakseimbangan hormon, atau kekurangan iodin
Kretinisme
-       Pertumbuhan terbantut/ otak terencat dalam kanak-kanak
-       Kekurangan iodin
Skruvi
-       Gusi lembut, bengkak, berdarah
-       Kekurangan vitamin C
Beri-beri
-       Kelemahan otot, kerosakan saraf
-       Kekurangan vitamin B1
Xeroftalmia
-       Kornea mata kering dan legap
-       Kekurangan vitamin A
Pelagra
-       Penyakit kulit,usus dan saraf serta kehilangan selera makan
-       Kekurangan vitamin B3
Artritis
-       Kesakitan sendi, sendi membengkak dan radang
-       Akibat kecederaan atau jangkitan virus/bakteria
Osteomalasia
-       Tulang lembut dan lemah
-       Kekurangan vitamin D, kalsium
Osteoartritis
-       Kehausan rawan akibat kekurangan penghasilan bendalir sinovia dan kemerosotan tisu rawan
Artritis reumatoid
-       Membran sinovia(jari, tangan, kaki)  bengkak dan radang



Artritis gout
-       Pengumpulan asid urik pada sendi disebabkan kegendutan, kecederaan atau faktor genetik
Distrofi otot
-       Penyakit genetik menyebabkan kemerosotan otot
-       Jisim tisu otot semakin berkurang
-       Kekurangan vitamin E
Kekejangan otot
-       Pengecutan otot secara tiba-tiba menyebabkan kesakitan dan ketidakupayaan otot
-       Disebabkan penyahidratan, kekurangan kalium dan magnesium, kelesuan otot

Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS)
-       Disebabkan virus imunodefisiensi manusia (HIV)
-       gejala : demam, sakit tekak, batuk, sakit otot,sakit kepala, cirit-birit, kelenjar limfa membengkak, letih, ruam, sakit sendi, turun berat badan
-       Kehilangan keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit
-       Pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser

Masalah pembekuan darah
Penyakit hemofilia
-       penyakit genetik yang diwarisi
Angina
-       kekurangan bekalan darah ke jantung, terdapat kesakitan pada dada
Kegagalan jantung
-       berpunca daripada embolus yang menyekat darah sepenuhnya daripada membekalkan oksigen dan glukosa ke sel-sel jantung
Trombosis
-       Trombus: darah beku terhasil di dalam arteri atau di vena yang mengganggu pengaliran darah
-       Embolus: trombus yang tertanggal dari salur darah bergerak mengikut aliran darah dan tersangkut pada mana-mana bahagian salur darah sempit menyebabkan darah tersekat
Penyakit strok
-       Bekalan darah ke bahagian sel-sel otak terhenti akibat trombus atau embolus, menyebabkan organ gagal berfungsi

Penyakit kardiovaskular
-       Arterosklerosis, ateriosklerosis, trombosis koronari, hipertensi, serangan sakit jantung dan strok
-       Disebabkan lebihan kolesterol dan lemak, kurang serat, kurang aktif, obesiti, merokok dan minum alkohol
-       Langkah mengurangkan risiko, kurangkan lemak dan kolesterol , selalu bersenam, tidak merokok, menjaga pemakanan,  mengamalkan gaya hidup sihat




Penyakit berkaitan sistem saraf
Penyakit Parkinson
-       Penyusutan sistem saraf yang mempengaruhi pergerakan, pengawalan otot dan keseimbangan badan
-       Pesakit menggeletar, sukar mengekalkan postur, kelemahan otot, masalah keseimbangan badan dan koordinasi badan
-       Disebabkan kekurangan rembesan neurotransmitter di otak
-       Biasa berlaku dalam orang tua, tidak diwarisi
Penyakit Alzheimer
-       Penyakit neurologi disebabkan penyusutan tisu otak/ kematian neuron dalam otak
-       Kekurangan rembesan neurotransmitter asetilkolina di otak
-       Pesakit berhalusinasi, kehilangan ingatan, kehilangan kebolehan bertutur/ bergerak/ menelan dan mengawal pembuangan air kencing, perubahan tingkah laku dan emosi

Penyakit Berkaitan Hormon
Hormon pertumbuhan
Kekurangan
-       kekerdilan
Kelebihan
-       Kegergasian
-       Akromegali

Hormon tiroksina
Kekurangan
-       kretinisme
-       hipotiroidisme(kadar denyutan jantung perlahan, kecergasan mental dan fizikal lemah, berat badan meningkat dan selalu rasa sejuk)
Kelebihan
-       Goiter
-       Hipertiroidisme (kadar metabolisme cepat, sukar tidur, berat badan menurun, gelisah, berpeluh lebih)

Hormon Antidiuresis
Kekurangan
-       Diabetes insipidus (penyahidratan badan)
Kelebihan
-       Edema (badan membengkak akibat pengumpulan air berlebihan dalam badan)

Insulin
Kekurangan
-       aras glukosa meningkat
-       diabetes melitus (kerap membuang air kencing, haus dan kebas, penglihatan kabur, luka lambat membeku)
Kelebihan
-       Hipoglisemia (penurunan aras glukosa yang boleh membawa maut, letih, sukar tidur, pemikiran bercelaru, takut, beremosi, mudah pengsan, sakit kepala)
Penyakit Genetik (perubahan bilangan kromosom)
Sindrom down (45+XY)
-       lebih satu kromosom pada pasangan ke-21
-       Mata sepet, hidung kecil, lidah besar, tangan pendek dan lebar, keimunan rendah, pertumbuhan tulang tidak normal, terencat akal

Sindrom Klinefelter (44+XXY)
-       Lebih satu kromosom X
-       Lelaki yang mempunyai kedua-dua organ seks perempuan dan lelaki tetapi kedua-dua tidak berfungsi.

Sindrom turner (44+X)
-       Kurang satu kromosom X
-       Perempuan yang bersifat serupa dengan lelaki, ovari tidak berkembang.

Penyakit Pewarisan
Anemia sel sabit (25%)
-       Pucat dan kurang bertenaga
-       Tidak berupaya menjalankan aktiviti cergas
-       Sel darah merah berbentuk sabit, luas permukaan yang kecil, mudah pecah atau melekat bersama
-       Pengangkutan oksigen yang kurang

Talasemia
Major (25%)
-       Pucat, tidak bertenaga, tidak berselera makan
-       Pertumbuhan terencat, mengalami jaundis
-       Tanpa rawatan, limpa, hati dan jantung membengkak, tulang nipis dan rapuh, tulang muka cacat
-       Membawa maut
Minor
-       Pembawa penyakit
-       Tiada gejala penyakit
-       Bentuk sel darah merah yang kurang sempurna

Cara merawat talasemia : pemindahan darah setiap 4 minggu dan pengambilan makanan yang mengandungi zat fosfat

Albino (100%)
-       Pewarisan dua alel resesif
-       Tiada enzim untuk pembentukan melanin (melanin untuk mewarnakan rambut, mata dan kulit)
-       Rambut dan kulit putih, iris mata berwarna merah muda/biru dengan pupil merah












Penyakit akibat mutasi gen
Anemia sel sabit
Albino
Polidaktilisme - individu yang mempunyai satu jari tambahan
Fenilketonuria - disebabkan mutasi gen tunggal, pesakit tidak berupaya menguraikan sejenis asid amino menyebabkan berlakunya pengumpalan asid amino dalam badan yang membawa kepada kecacatan otak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

公函

Kimia T4-T5: Nota Tambahan

古韵文常用的意象含义

Pendidikan Moral - Senarai Fakta, Akta, Agensi