Pendidikan Moral - Definisi Nilai
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Keyakinan
wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 AMANAH
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
●
Mengamalkan
sikap yang boleh dipercayai oleh orang lain dalam menjalankan tanggungjawab
diberi
●
Bersifat
jujur
1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu
memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
●
Menjaga
nama baik/ imej diri
●
Menjaga
nama baik/imej keluarga
●
Mengharumkan
nama negara
1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul
dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
●
Menjalankan
kerja/tugas yang diberi dengan baik
●
Memainkan
peranan sebagai… dengan baik
●
Menjaga
kebajikan…
●
Tahu
peranan… ialah…
●
...diurus
dengan baik
1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian
●
Berbudi
bahasa
●
Bersikap
bersopan santun
●
Berperibadi
mulia
●
Berakhlak
baik
●
Menjaga
imej diri… agar tidak dipandang serong
1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
demi kesejahteraan hidup
●
Mengawal
perasaan/emosi
●
Bersikap
sabar dan tenang
●
Bersikap
liberal
●
Tidak
bertindak terburu-buru
1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
●
Tidak
mengharapkan bantuan…
●
Melakukaj
tugas/perkara dengan sendiri
1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara
●
Tidak
mudah putus asa
●
Sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh dalam…untuk mencapai kejayaan
●
Berupaya
menghadapi cabaran dan rintangan dengan semangat yang kuat
1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
●
Amat
menyayangi…
●
Mengambil
berat terhadap…
●
Berperasaan
sayang yang kekal abadi
●
Prihatin
terhadap…
1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta
tidak berat sebelah
●
Tidak
pilih kasih terhadap…
●
Mengambil
tindakan yang sama terhadap kedua-dua pihak tanpa mengira/dipengaruhi oleh
pangkat dan keturunan.
●
Membuat
keputusan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja.
1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar
●
Memikirkan
kesan/akibat/implikasi…
●
Boleh
membuat pertimbangan yang baik dengan…
●
Mengambil
kira…
●
Menimbangkn
kesan positif …
●
Ambil
tindakan / langkah terbaik dengan…
1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan
tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
●
Bersikap
tidak melampau dalam…
●
Tidak
mengabaikan kebajikan/perasaan/diri dan orang lain
●
Tidak
bercakap keterlaluan
●
Tidak
bertindak di luar batasan
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
●
Menyayangi
anggota keluarga
●
Sayangi
anggota keluarga dengan kekal abadi
●
Berperasaan
amat menyayangi/mencintai anggota keluarga
●
Terus
menyayangi…
2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA
KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang
harmoni
●
Sanjungi
setiap anggota keluarga
●
Memberi
layanan yang baik terhadap anggota keluarga
●
Mempunyai
hubungan yang mulia/baik dengan anggota keluarga
●
Menghargai
anggota keluarga dengan…
2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan
sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun
dalam keluarga
●
Menerima
warisan/amalan yang diwarisi keluarga
●
Menghormati
adat resam keluarga
●
Mengamalkan
adat resam dan pantang larang nenek moyang
2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh
setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga
●
Peranan
terhadap keluarga yang harus dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga
●
Untuk
mewujudkan keluarga sejahtera
●
Untuk
menjaga nama baik keluarga
●
Berasa
gembira dapat…
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan
memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
·
Sedar
kepentingan menjaga alam sekitar
·
Tidak
mengugat/mengancam kepentingan ekosistem
·
Tidak
memusnahkan/merosakkan flora dan fauna
·
Habitat
haiwan dan tumbuhan tidak musnah/pupus
·
Menjaga
alam sekitar
·
Membaikpulih
alam sekitar
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM
SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan
harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia
dan alam sekeliling terpelihara
·
Menjaga
hubungan yang baik/sejahtera antara manusia dan alam sekitar
·
Menjaga
kualiti kehidupan antara manusia dan alam
·
Kekalkan
flora dan fauna
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
·
Memikul
tugas bersama bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar
·
Menjaga
alam secara muafakat
·
Bekerjasama
bagi menjaga alam sekitar
·
Memainkan
peranan secara bersemangat berpasukan bagi memelihara alam sekitar
·
Memelihara
hutan simpanan
·
Memastikan
ekosistem terpelihara
·
Peranan
semua pihak menjaga alam sekitar
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
·
Mengambil
berat masalah alam sekitar
·
Berganding
bahu menyelesaikan masalah alam sekitar
·
Sedar
masalah yang berlaku
·
Berusaha
menangani masalah yang berlaku
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
·
Menyayangi
dan kagum terhadap negara
·
Mengutamakan
kepentingan negara
·
Menyokong
usaha/program negara
·
Cinta
yang tidak boleh berbelah bahagi terhadap negara
4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan
kepada Raja dan Negara
·
Mengutamakan
raja dan negara
·
Menurut/menjunjung
perintah raja dan negara
·
Patuh
kepada raja dan negara
4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
Kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara
·
Sanggup
menggadai nyawa untuk negara
·
Mencurah
bakti kepada negara
·
Bersedia
berkhidmat/memberi sumbangan kepada negara
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan dan memelihara
hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
·
Menegakkan
hak kanak-kanak
·
Menjaga
hak kanak-kanak
·
Memastikan
keperluan kanak-kanak dipelihara
·
Menjamin
keselamatan kanak-kanak
5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai
individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat
dan Negara
·
Menjaga
hak wanita
·
Menghargai
sumbangan wanita
5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
·
Memelihara
hak pekerja
·
Menjaga
hak pekerja
·
Menjaga
kebajikan golongan pekerja
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG
BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopan kepada
golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan
·
Menjaga
hak golongan kurang berupaya
·
Memberi
layanan yang baik kepada golongan kurang berupaya
·
Tidak
memandang serong/rendah golongan kurang berupaya
·
Tidak
pinggirkan golongan kurang berupaya
·
Menghargai
golongan kurang berupaya
5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hak individu untuk
menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang
berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
·
Menegakkan
hak pengguna
·
Menjaga
kebajikan pengguna
·
Memastikan
pengguna tidak ditindas oleh pengeluar
·
Menjaga
hak pengguna agar tidak ditindas
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang
itu berada
·
Akur
dengan peraturan dan undang-undang
·
Tidak
melanggar peraturan dan undang-undang
·
...adalah
salah di sisi undang-undang
·
...harus
mematuhi peraturan agar tidak dikenakan tindakan/demerit/rotan/penjara/denda
wang
6.2 KEBEBASAN BERSUARA
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran
dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
·
Bebas
mengeluarkan kata-kata dengan batasan
·
Bebas
memberi idea dengan batasan/syarat
·
Mengemukakan
pendapat dengan batasan/syarat
·
Bebas
berucap/berhujah dengan syarat
6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untuk menganuti
dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
·
Bebas
memilih agama yang dianuti
·
Bebas
mempraktikkan agama yang dianuti
·
Bebas
melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan yang dianuti
6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang
dan Perlembagaan Malaysia
·
Melibatkan
diri/menyertai program pembangunan negara
·
Menyokong
program/aktiviti pembangunan negara
6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerima pendangan,
pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia
·
Berlapang
dada dalam menerima kritikan/pandangan
·
Menerima
pendapat dengan hati yang terbuka
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1
HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa
dan budaya
·
Hidup
secara aman damai/harmoni antara satu sama lain
·
Mementingkan
kesejahteraan dan kedamaian hidup
·
Tiada
pertelingkahan/perbalahan/konflik/pergaduhan/peperangan
·
Tidak
bertelagah dengan negara lain
·
Memastikan
keamanan sejagat
7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan
bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat
·
Tolong-menolong
antara satu sama lain
·
Bermuafakat
7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
Menghargai dan memuliakan hubungan antara
negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat
·
Menjalinkan
hubungan yang baik antara negara
·
Mempunyai
hubungan diplomatik yang baik antara negara
·
Mementingkan
hubungan diplomatik antara negara
·
Mengekalkan
hubungan baik
Comments
Post a Comment