Kindly look for ☰ on the top left of the page to view all my post in archive ♡

欢迎在页面左上角的 ☰ 里翻阅我的发文♡


: I don't own any of these study materials, I'm just sharing the notes I used for my exam :D

Peribahasa yang Sering Dijumpai


Alah bisa tegal biasa
Apabila biasa melakukan sesuatu, maka tidak terasa lagi kesukarannya 熟能生巧,习以为常
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
Membuat pekerjaan sambilan sementara menunggu kerja yang lebih baik
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Tidak sombong, merendah diri
Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal manikam
Orang yang mahir sahaja yang mengetahui kelebihan perkara itu
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mengajar anak-anak sejak kecil lagi
Nasi sudah menjadi bubur
Kerosakan yang tidak boleh dibaiki lagi
Sudah terhantuk baru tengadah
Sesudah terkena baru beringat-ingat
Ukur baju di badan sendiri
Pekerjaan hendaklah dipilih sesuai dengan kemampuan sendiri
Bagai embun di hujung rumput
Sesuatu yang tidak kekal lama
Rumah sudah, pahat berbunyi
Mengemukakan pendapat sesudah perkara diputuskan 马后炮
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Kata sepakat tercapai melalui perbincangan
Biar putih tulang, jangan putih mata
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu atau kecewa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Setiap manusia dikenang kerana jasa dan budi yang dilakukan semasa hidupnya


Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan bukan tertentu kepada orang tua sahaja
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Yang disayangi jangan terlalu dimanja-manjakan
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap banyak
Seperti lipas kudung
Bergerak dengan cepat
Bersatu teguh, bercerai roboh
Bersatu padu menjadikan kita kuat, bercerai menjadikan kita lemah
Ada udang disebalik batu
Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Pekerjaan yang susah haruslah bersabar sehingga berjaya
Jauh berjalan, luas pandangan
Jauh berjalan, luas pemandangan
Orang yang banyak merantau dan mengembara pasti mempunyai pengalaman yang banyak
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Sangat berbesar hati, ingin mendapat sebanyak-banyaknya
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa 雨后春笋
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan secara adil atau sama banyak
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Kemuliaan seseorang yang berpangkat tidak hilang kerana bergaul dengan orang biasa
Yang dikejar tidak dapat, yang kendong berciciran
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh, keuntungan yang ada pula hilang 赔了夫人又折兵
Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang yang merantau akan kembali ke tempat asalnya
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara dan menyayangi dengan sepenuh hati
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang utuh
Sambil menyelam minum air
Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai 一举两得
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Orang yang memberi nasihat tetapi diri sendiri tidak melakukan demikian
Sediakan payung sebelum hujan
Beringat sebelum ditimpa kesusahan 未雨绸缪
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Usaha yang gigih nescaya akan menjadi pandai
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
Mendapat sesuatu yang sangat diingini
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah dan menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak iaitu sama-sama menanggung rugi
Bagai melepaskan batuk di tangga
Tidak melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Tidak bermuafakat, hanya mementingkan diri sendiri
Bagai kacang lupakan kulit
Orang yang tidak mengenang budi 忘恩负义
Seperti lembu dicucuk hidung
Seseorang yang menurut segala kemahuan orang
Seperti katak di bawah tempurung
Seseorang yang hanya mempunyai ilmu pengetahuan yang sedikit tentang hal-hal dunia luar 井底之蛙
Seperti rusa masuk ke kampung
Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru
Kalua takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Menjauhi risiko dan bahaya jika takut
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Hanya orang yang mengalami tahu kesusahan sebenar




SAMA/HAMPIR SAMA MAKSUD
Bagai isi dengan kuku / bagai inai dengan kuku/ bagai aur dengan tebing/ bagai dakwat dengan kertas/ bagai hempedu lekat di hati

Buka pekung di dada/ menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri/ menconteng arang di muka sendiri/ menjemur bangkai ke atas bukit

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/ bagaimana acuan, begitulah kuihnya/ bapa borek, anak rintik/ bagaimana bunyinya gendang, begitulah tariannya

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga/ seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit/ ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang/ terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih/ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Bagai cincin dengan permata/ bagai pinang dibelah dua

Alang-alang mandi biar basah/ alang-alang berdakwat biar hitam/ alang-alang berminyak biar licin/ alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni/ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah/

Bagai pahat dengan penukul/ bagai pahat tidak ditukul tidak makan

Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri/ mencurah air ke daun keladi/ seperti hujan jatuh ke pasir

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya/ yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian/ bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga/ air dicencang tiada putus

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/ masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang lembu menguak

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ Sehari selambar benang, lama-lama menjadi kain


Comments

Popular posts from this blog

公函

Kimia T4-T5: Nota Tambahan

古韵文常用的意象含义

Pendidikan Moral - Senarai Fakta, Akta, Agensi

Biologi T4-T5: Penyakit Manusia